Kawasaki ZX-25R rasmi dilancarkan - bermula dari RM28 ribu, varian ABS SE RM33 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan menyiarkan beberapa video teaser, pihak Kawasaki Indonesia akhirnya secara rasmi melancarkan motosikal sport yang didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 250 cc, iaitu Kawasaki ZX-25R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Spesifikasi rasmi jentera tersebut turut juga diumumkan, di mana enjin sejukan cecair tersebut berupaya menghasilkan 50 kuasa kuda pada putaran enjin 15,500 rpm, 30 Nm daya kilas pada putaran enjin 14,500 rpm dan memiliki berat sekitar 181 kilogram.

Namun, apabila menggunakan paksaan kemasukan udara (Ram air), ZX-25R ini ternyata mampu mengekstrak 1 kuasa kuda menjadikan angka output meningkat kepada 51 kuasa kuda.

 


Sebagai sebuah jentera kecil dengan nadi yang sangat berkuasa itu, ia menggunakan rangka jenis Trellis keluli bertekanan tinggi,fork hadapan jenis terbaik Showa 37 mm dengan Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) dan penyerap hentak tunggal Horizontal Back-link di belakang.

Bagi memastikan jentera ini berhenti dengan baik, sistem brek didatangkan dengan rotor 310 mm dan angkup empat omboh di hadapan, manakala bahagian belakang pula dilengkapi rotor 220 mm dengan angkup omboh tunggal.

 


Bagi menyalurkan sisa-sisa pembakaran, ZX-25R dipasang dengan sistem ekzos yang serba kompak dan mampu menghasilkan bunyi yang sangat merdu (berdasarkan video yang telah diterbitkan sebelum ini).

Selain daripada itu, penampilan agresif Kawasaki ZX-25R ini disumbangkan oleh lampu utama berkembar jenis LED, tangki bahan api dengan rekaan muskular, tempat duduk jenis step-up, serta grafik yang menghiasi bahagian reraup penuh jentera ini.

 


Sistem paparan semi-digital juga turut menampilkan takometer analog yang membenarkan penunggang melihat kadar putaran enjin meningkat apabila pendikit dikerah.

Secara standard, Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan ciri brek anti-kunci dua saluran, namun versi SE menerima ciri tambahan seperti mod tunggangan, sistem kawalan cengkaman dan ciri Kawasaki Quick Shifter (KQS).

Versi asas hanya didatangkan dalam warna Metallic Spark Black, manakala versi ABS SE pula boleh dilayangkan dalam tiga gandingan dwiwarna pilihan, iaitu Lime Green/Ebony, Metallic Spark Black/Pearl Flat Stardust White, dan Candy Plasma Blue/Metallic Spark Black

 


Di Indonesia, harga jualan bermula dari IDR96,000,000 (RM28,373*) untuk model asas, dan diikuti oleh IDR112,900,000 (RM33,102*) untuk varian ABS SE.

*mengikut kadar pertukaran matawang semasa

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…