KDN beli 50 bot kegunaan PDRM hadapi bencana banjir

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Utusan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan RM3.05 juta untuk membeli 50 bot bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dengan adanya aset dan keperluan tersebut membuktikan pasukan beruniform itu sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi situasi berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, setakat ini, tujuh buah bot jenis Whaly pelbagai saiz dengan nilai RM267,000 telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM.

 

“Bencana banjir adalah sesuatu yang kita anggap fokus paling utama yang perlu diberikan pada waktu ini berikutan seluruh dunia mengalami perubahan fenomena cuaca menyebabkan kita perlu belajar daripada apa yang berlaku walaupun kita sudah faham cara untuk menghadapi bencana dan banjir.

 

“Dengan itu, sebagai permulaan hari ini kita sudah memperoleh tujuh bot jenis Whaly pelbagai saiz yang begitu lasak dan sesuai digunakan dalam operasi keselamatan serta menyelamat mangsa banjir untuk tempoh terdekat ini.

 

“Kini, masih berbaki 43 bot lagi yang dijangka diterima dalam tempoh 10 minggu lagi untuk kita serahkan kepada negeri yang memerlukan,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja Pengurusan Banjir Pantai Timur di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Galing, Kuantan  semalam.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata antara inisiatif baharu yang dibincangkan dari segi isu teknikal di BSI ialah…
Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47 tahun didakwa menerima…
Informasi
  Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara.…