Kedai cuci kereta antara 11 aktiviti dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 16 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan kini bersetuju untuk memberikan kebenaran 11 jenis aktiviti ekonomi untuk kembali beroperasi dalam Fasa 1 bermula 16 Ogos 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aktiviti yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10. Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil vaksinasi digital bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksin lengkap.

Sumber: Bernama