Kedai kustom terkenal di US untuk dijual - nilai hartanah $3.995 juta (RM16.94 juta)

oleh Mohamad Hanif|
Hartanah komersial berkeluasan 929 meter persegi yang menempatkan kedai kustom lagenda kini sedia dilepaskan untuk pihak yang berminat menerusi Douglas Elliman Real Estate.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Barris Kustom Industris merupakan lokasi yang 'melahirkan' prop-prop filem seperti Batmobile original, Munster Koach, sehinggalah kepada model Bathtub Bunny.

George Barris bersama abangnya Sam mula dikenali di dalam komuniti kustom yang semakin berkembang pada era 50-an menerusi model seperti Hirohata Mercury 1951 dan trak Ala Kart Model A 1929.
 

Barris


Salah satu model yang menarik perhatian adalah jentera Batmobile original yang merupakan sebuah model konsep Lincoln Futura yang dibeli daripada Ford dengan bayaran 1 dollar sahaja.

Daripada situ, Barris dan pasukannya bekerja keras mengubahnya menjadi jentera Batmobile sebelum ia dijual kembali pada harga lebih daripada $4 juta!

Menurut anak kepada George Barris, Joji Barris-Paster akan memindahkan segala khazanah berharga yang terdapat pada garaj tersebut ke kawasan Oxnard-Ventura, di mana beliau akan mempamerkan segala koleksi kepada umum.

Sumber: LA Times