Menurut laporan daripada laman rasmi WTAC, pemandu yang berusia 62 tahun itu membuat keputusan untuk bertanding secara aktif di dalam WTAC tersebut setelah terlibat secara tidak langsung pada dua tahun kebelakangan ini.
Menurut CEO Superlap Ian Baker, "Berita ini sememangnya menarik dan kita semua tahu semangat beliau (Keiichi Tsuchiya) untuk berlumba tidak pernah padam walaupun pada usia sebegitu."
"Untuk menghargai sokongan para peminatnya, Keiichi akan menjanjikan persembahan yang menarik pada penyertaannya kali ini," tambah beliau.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan jentera yang bakal digunakan oleh Keiichi Tsuchiya pada perlumbaan tersebut.
Sumber: WTAC