Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2020 bermula April ini

oleh SALINA JALIL|
Sukan permotoran tanah air bakal disajikan dengan aksi hebat pelumba berbakat negara menerusi penganjuran Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) musim 2020 yang bakal membuka tirai pada April depan.


Kejuaraan kebangsaan itu yang merangkumi lima pusingan, akan dilangsungkan secara eksklusif di Litar Sepang.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia akan bermula dengan aksi bagi  Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 April diikuti Pusingan 2 pada 7 hingga 9 Ogos.
 

 

Saingan Pusingan 2 ini akan  berlangsung serentak dengan kejuaraan Asia Talent Cup.

 

Pusingan 3 pula hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 kerana persamaan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

 

Justeru, ia bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan pada saingan Pusingan 6 ARRC 2020 nanti.

 

Aksi penutup tirai bagi edisi 2020 bakal menyaksikan dua pusingan dilangsungkan serentak iaitu Pusingan 4 dan 5.

 

Ia dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober nanti.

 

 

KALENDAR KEJUARAAN SUPERBIKE MALAYSIA (MSBK) 2020: 

 

  1.    Pusingan 1 (3 – 5 April)  
  2.    Pusingan 2 (7 – 9 Ogos)            
  3.    Pusingan 3 (25 – 27 September) 
  4.    Pusingan 4 & 5 (16 – 18 Oktober) 

 

* Semua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang

 

 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Zaqhwan menguasai ketiga-tiga perlumbaan MSBK1000cc dan kini mendahului carta keseluruhan kelas…