Menurutnya, kelab itu itu mencadangkan satu kawasan di Bukit Merah dekat sini untuk pembinaan litar lumba motosikal.
“Kawasan ini sesuai kerana banyak kemudahan seperti berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Program Klinik Cub Prix Bual Santai Anak Muda Motor Show di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada minggu lalu yang dihadiri lebih 200 anak muda dari Larut Matang dan Selama.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.
Ton Zailani yang juga Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau telah berjumpa dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini bagi mengemukakan cadangan itu.
Katanya, litar itu merupakan satu kemudahan dan memenuhi minat anak muda yang menggemari sukan lumba motosikal.
Menurutnya, pihaknya mencadangkan Lembah Beriah, Bukit Merah dekat sini sebagai tapak untuk pembinaan litar lumba motosikal berkuasa rendah.