Kelajuan motosikal kapcai perlu kajian teliti - Loke

oleh SALINA JALIL|
Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/jam memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata selain melibatkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kita tahu ada cadangan untuk mengehadkan (kelajuan) kapcai, tetapi dalam keadaan di Malaysia, ia melibatkan ramai pemilik kapcai di negara ini.



“Mungkin dalam lingkungan 10 juta (pemilik) motosikal ...jadi ini merupakan satu keputusan yang akan beri kesan yang sangat besar, saya bukan menolak cadangan itu tetapi daripada segi praktikaliti untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut,” katanya kepada Bernama di sini.


Beliau ditemui selepas menjadi tetamu bagi program ‘Jendela Fikir’ terbitan Bernama Radio, di Ibu Pejabat pertubuhan berita itu.

 

 

Pada Ogos lepas, Menteri Kerja Raya iaitu Baru Bian dilaporkan berkata saranan untuk mengenakan peraturan had laju kepada penunggang motosikal kapcai masih belum boleh dilaksanakan memandangkan ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk satu tempoh yang panjang.

 


Sebelum ini, The Safety First Group iaitu kumpulan prokeselamatan jalan raya, menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal kapcai selain meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.



Mengulas tentang cadangan supaya mewujudkan laluan khas penunggang motosikal di sebelah kiri jalan raya, Loke berkata ia akan dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dijadikan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).



Menurutnya cadangan itu merupakan konsep yang baik, bagaimanapun pelaksanaannya memerlukan perbelanjaan yang besar seperti membina struktur jalan dan sebagainya.



“Kita berharap dapat membina laluan khas motosikal ini dan juga menyediakan rekaan lebuh raya (yang sesuai) pada masa hadapan dengan mengambil kira perkara itu,” katanya.

 

 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun, MOT akan sentiasa menyemak dan menambah baik kaedah-kaedah berkaitan…