Kelibat Geely Hao Yue dikesan lagi - Proton X90 bakal muncul?

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini, Proton merupakan antara pengeluar yang agak lambat untuk hadir dengan produk SUV, dan kini mereka sudah pun mempunyai dua produk menggunakan asas daripada Geely, iaitu Proton X70 dan Proton X50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelibat sebuah lagi produk SUV Proton sebenarnya telah pun dikesan beberapa bulan yang lalu, dan berdasarkan bentuk badan ia dikenal pasti sebagai Geely Hao Yue atau Geely Okavango di negara jiran Filipina.
 

X90


Terbaharu, pembaca Careta @zackeb__ telah berjaya mengesan kelibat model ujian SUV Proton itu di kawasan parkir Hentian Rehat Genting Sempah dengan membawakan pelekat samaran yang berbeza berbanding pada bulan Mei lalu.

Berdasarkan format penamaan terbaharu yang digunakan oleh Proton, besar kemungkinan Geely Hao Yue ini akan dinamakan sebagai Proton X90, berdasarkan ukurannya yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan Proton X70.
 

X90


Ia membawakan ukuran sepanjang 4,835 mm, lebar 1,900 mm dan tinggi 1,780 mm, serta jarak antara roda sekitar 2,815 mm.

Jika dibandingkan dengan pesaing terdekat Mazda CX-8, Geely Haoyue memiliki dimensi dan jarak antara roda yang sedikit pendek, namun lebih lebar dan tinggi berbanding SUV Mazda tersebut.
 

Geely


Di pasaran Filipina, Geely Okavango ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo dibantu dengan sistem hibrid ringkas yang berupaya menjana 190 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas, serta padanan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Spesifikasi Geely Hao Yue boleh dibaca pada pautan dibawah:
Geely Hao Yue

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Imej yang dikesan di China ini mengesahkan bahawa Geely sedang menguji trak pikap berkuasa elektrik…
Berita Domestik
Berdasarkan video yang diperoleh daripada Funtasticko (melalui pembacanya Kelvin Wong), unit yang…
Berita Domestik
Namun, terdapat berita terbaharu yang diperoleh daripada rakan media Funtasticko yang mendedahkan…