Kelibat Mazda CX-60 pula dikesan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas Mazda melancarkan SUV baharu CX-50 dengan penggayaan mesra off-road, kelibat sebuah lagi model baharu telah dikesan sedang menjalani penggambaran di atas jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi video CSK Review Channel (yang telah pun dipadamkan), Mazda CX-60 itu dikesan tanpa sebarang pelekat samaran bersama kembarnya berwarna merah.

Jika dibandingkan dengan CX-50 yang lebih ranggi, CX-60 pula lebih senang dilihat sebagai sebuah lagi SUV pejabat dengan penampilan yang kemas, arka roda mengikut warna badan, serta penggunaan tayar berprofil rendah.

Selain daripada itu, unit lampu Mazda CX-60 ini dilihat jauh lebih kecil dan kompak, namun masih lagi mengekalkan rekaan gril hadapan yang besar dan agak bersegi itu.
 

CX-60


Berdasarkan pengumuman Mazda tempoh hari, SUV dua baris tempat duduk Mazda CX-60 (dan SUV tiga baris tempat duduk Mazda CX-80) merupakan model SUV baharu yang dikhususkan untuk pasaran Eropah, Jepun dan pasaran lain dengan saiz yang lebih berpadanan untuk pasaran yang disebutkan tadi.

Pilihan enjin pula mungkin terdiri daripada nadi empat silinder sebaris, serta penawaran enjin enam silinder sebaris hibrid petrol dan diesel.

Sementara untuk pasaran Amerika yang rata-ratanya besar, Mazda merancang untuk membawakan dua lagi model selain CX-50, iaitu CX-70 dan SUV tiga baris tempat duduk CX-90 dengan pilihan enjin enam silinder sebaris berkuasa turbo serta opsyen teknologi plug-in hybrid.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, sudah pasti peminat Mazda tertanya-tanya bagaimana pula dengan prestasi Mazda CX-60 - SUV…
Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…
Berita Global
Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5,…