Kelibat model ujian Ferrari Purosangue dikesan lagi

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama sebelum Ferrari bakal memperkenalkan sebuah model supercar V6 hibrid pada 24 Jun ini, kelibat model ujian SUV pertama Prancing Horse itu dikesan lagi sedang diuji atas jalan raya umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, ia masih lagi membawakan kulit luaran yang menyerupai Maserati Levante, walaupun beberapa laporan terdahulu mencadangkan ia merupakan sebuah kenderaan yang berbeza berselindung di sebalik kulit Maserati.

Menerusi gambar yang diperoleh daripada Instagram derek.photography, SUV Ferrari Purosangue ini dilihat membawakan dimensi yang jauh lebih rapat ke tanah, sementara bukaan besar pada bampar belakang dengan empat tip ekzos mencadangkan Purosangue bakal menampilkan treknkuasa yang lebih berkuasa.

 


Ferrari mula mengumumkan kehadiran Purosangue (perkataan Itali untuk 'Thoroughbred') yang dibangunkan atas pelantar baharu enjin tengah hadapan yang mampu menyokong sistem pacuan semua roda, trenkuasa hibrid, transmisi klac berkembar jenis transaxle dan dimensi jarak kelegaan tanah yang berbeza.

Baca: Imej rendering Ferrari Purosangue.

Baca: Ferrari Purosangue 2022 bakal hadir dengan enjin V12

Baca: Ferrari tiada hak pakai nama Purosangue

Baca: Ferrari akui pembangunan Purosangue lebih kompleks berbanding SF90 Stradale

Baca: 15 Fakta berkenaan Enzo Ferrari

Pelantar itu juga dikatakan mampu menyokong pelbagai dimensi jarak antara roda dan susun atur tempat duduk, termasuklah kabin yang menempatkan empat tempat duduk untuk Purosangue.

Dimensi bonet yang panjang turut mencadangkan Ferrari bakal memuatkan nadi V12 bagi memberikan saingan kepada Bentley Bentayga Speed, selain daripada enjin yang lebih kompak seperti V6 dan juga V8.

Difahamkan, versi prototaip sebenar Ferrari Purosangue bakal muncul dalam masa terdekat sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2022.

 


Gambaran Ferrari Purosangue oleh Theophilus Chin

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Gaya Hidup
Bukan itu sahaja, tempoh menunggu bagi model Ferrari Purosangue itu khabarnya mencecah sehingga dua…
Berita Global
Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh…