Keluar F1, Honda mahu tumpu pembangunan teknologi sifar emisi

oleh Mohamad Hanif|
Dunia sukan permotoran dikejutkan dengan keputusan Honda untuk mengakhiri penyertaan syarikat tersebut di dalam FIA Formula One World Championship pada akhir musim 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Keputusan tersebut dibuat memandangkan Honda mahu memfokuskan ke arah teknologi sifar emisi, menurut satu kenyataan yang dibuat pada Jumaat lalu.

Menurut ketua eksekutif Takahiro Hachigo berkata, Honda tidak akan kembali ke sukan berprestij tersebut, dan keputusan tersebut dibuat bukan kerana wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

"Ia bukanlah disebabkan coronavirus, akan tetapi matlamat jangka panjang kami untuk mencapai sifar pelepasan karbon," ujarnya.

Sama seperti pengeluar automotif yang lain, Honda kini sedang menumpukan perhatian dalam membangunkan kenderaan tenaga baharu, melihatkan kepada perubahan industri yang disifatkan oleh Hachigo sebagai "sekali dalam satu abad".

 

EV comel Honda e


Honda kembali ke sukan F1 pada tahun 2015 dan pada tahun lalu ia bertindak sebagai pembekal enjin kepada pasukan Red Bull Racing.

Memandangkan Honda membuat keputusan untuk keluar dari F1, sumber dana yang diperuntukkan untuk sukan tersebut akan disalurkan kepada pembangunan teknologi sifar emisi, seperti sel bahan api dan bateri.

Menurut ketua pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, "kami faham akan kesukaran yang dihadapi oleh Honda Motor Company dalam membuat keputusan tersebut, dan kami menghormati sebab di sebalik itu.

Honda e merupakan EV produksi massa yang telah dilancarkan baru-baru ini dan mengumumkan perancangan untuk memastikan dua pertiga daripada output syarikat tersebut terdiri daripada kenderaan tenaga baharu menjelang 2030.

Sementara itu, pesaing rapatnya Toyota Motor Corp pula menganggarkan penjualan kenderaan elektrik mencecah 5.5 juta pada tahun 2025, lima tahun lebih awal berbanding apa yang telah dirancangkan sebelum ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…
Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…