Keluarga B40 dapat subsidi kerusi kanak-kanak daripada BMW Group Financial Services Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Financial Services Malaysia hari ini menyumbang dana lebih RM20,000 kepada program subsidi BMW Safety 360° menerusi kontrak pelanggan yang dibiayai menerusi BMW Engange.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Engange, sebuah platform pembiayaan dalam talian yang diperkenalkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia telah memberikan komitmen bagi pihak pelanggan untuk menyumbang RM100 kepada program subsidi untuk setiap kontrak yang diluluskan di platform tersebut.

Menurut Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia, "kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami bakal memberikan subsidi kepada lebih 300 unit kerusi kanak-kanak daripada sumbangan dana yang diperoleh daripada platform kami sejak tiga bulan yang lalu.

Pertama kali diperkenalkan pada Disember 2019, program subsidi BMW Safety 360° telah menerima lebih 25,000 permohonan daripada keluarga kumpulan pendapatan B40, dan ini memperlihatkan betapa pentingnya akses kepada kerusi kanak-kanak di Malaysia.

 


Program tersebut kemudian mendapat sokongan daripada pihak seperti platform e-dagang Shopee, jenama barangan bayi dan kanak-kanak seperti KU.KU Duckbill dan Otomo, pengedar permainan kanak-kanak Mideer, pembekal solusi pengedap makanan Ankou serta pembekal aksesori Kakimotor.

Setiap kerusi kanak-kanak ditawarkan dengan nilai subsidi berjumlah RM30, serta subsidi penghantaran RM13 sebagai tambahan kepada harga diskaun daripada Safe 'n Sound yang eksklusif untuk pemerima program subsidi tersebut, selain mendapat baucer unik Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan menerusi pautan berikut:
https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme

"Walaupun penguatkuasaan penggunaan kerusi kanak-kanak ditangguhkan, BMW Group Malaysia terus berusaha untuk menggalakkan penggunaan kerusi kanak-kanak menerusi program BMW Safety 360°.

"Kami percaya ia merupakan satu tanggungjawab bersama yang bukan sahaja dikongsi bersama rakan-rakan kami, malah ibu bapa dan seluruh warga komuniti di sekeliling demi memastikan tahap keselamatan yang tinggi di atas jalan raya - walaupun di dalam keadaan pergerakan terhad disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan," ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia.

 


Maklumat lanjut berkenaan BMW Engage atau informasi pra-kelulusan pembiayaan boleh didapati menerusi pautan https://www.bmwfs.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…
Berita Domestik
Inisiatif ini akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi setiap kontrak model-model elektrik…
Berita Domestik
Seperti yang diketahui, BMW Premium Selection merupakan platform digital yang menawarkan pilihan…