Keluhan pengusaha bas kilang dibawa ke kabinet

oleh Firdaus Razani|
Gambar hiasan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) sedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Jemaah Menteri.

Menterinya, Tengku Zafrul Aziz percaya isu itu telah dibangkitkan dan kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan akan menjawabnya.

“Kita sebagai kerajaan dengar walaupun Miti sebenarnya kementerian dalam sektor pembuatan, tetapi kita tetap dengar dan bawa suara mereka ke Kabinet,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Plexus keenam di Bandar Cassia di sini.

Beliau mengulas permintaan pengusaha bas kilang untuk Miti berunding dengan pihak industri bagi menyemak semula perjanjian perkhidmatan bas kilang yang tidak disenaraikan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi.

Jun lalu, lebih 1,200 pengusaha bas pekerja merayu kerajaan mempertimbangkan ia dimasukkan dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan kenaikan harga diesel.

Kerajaan menetapkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun lalu, iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ini memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun, di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam jangka panjang

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, langkah berkenaan bagi menjamin kelangsungan dan kestabilan bekalan tenaga negara…
Berita Domestik
Bagaimanapun, Arthur berkata, kerajaan kekal prihatin terhadap kebajikan nelayan serta memahami…
Informasi
"Antara langkah proaktif kerajaan ialah menambah baik bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah…