Katanya, siasatan awal dijalankan oleh unit siasatan lebuh raya Zon Tengah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan membabitkan dua lori dan tiga kenderaan berkenaan berlaku pada jam 5.17 petang Sabtu lalu.
"Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), jenis Land Rover berwarna hitam didapati dipandu secara melulu dan terbabas ke kanan jalan sebelum datang sebuah lori dari arah belakang terlanggar beberapa kenderaan yang memperlahankan kenderaan di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, susulan itu, pihaknya menahan pemandu SUV berusia 22 tahun dan semakan mendapati lelaki berkenaan tiada sebarang rekod lampau dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut," katanya.
Shamsudin berkata, polis mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.
Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya serta akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang.
Video tular di bawah ini:
https://www.facebook.com/share/r/1BEgsGnoua/?mibextid=wwXIfr