Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, masing-masing sebuah Proton X70, Proton Saga,Toyota Camry, Mazda, Perodua Axia dan dua Toyota Hilux.
Mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang tersepit dalam kereta Toyota Camry dan berjaya dikeluarkan.
PLUS menerusi platform X pada jam 10.28 malam tadi, melaporkan kemalangan itu menyebabkan lorong kanan dan lorong tengah lebuh raya terbabit terhalang.
Selain itu, katanya kemalangan arah ke utara itu turut menyebabkan kesesakan hampir empat kilometer di laluan berkenaan.
- Punca kemalangan tidak dinyatakan -
artikel Berita Harian