Kemalangan basikal lajak 2017 - mahkamah arah jurujual bela diri

oleh Mohamad Hanif|
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memerintahkan jurujual, wanita Sam Ke Ting, 26 yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017, membela diri atas tuduhan berkenaan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, terhadap Ke Ting.

Keputusan itu dibuat ketika prosiding keputusan rayuan pendakwaan terhadap perintah tersebut di sini, pada Khamis pagi.

Mengikut pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Ke Ting didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain lesen memandu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sepanjang proses perbicaraan.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi pembelaan tertuduh selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei tahun ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly…
Berita Domestik
Siasatan mendapati kemalangan itu yang membabitkan kereta Perodua Myvi itu berlaku pada jam 4.55…
Berita Global
Dalam perlumbaan Gran Prix Monza hujung minggu lepas, Leclerc berjaya memperoleh kemenangan…