Kemalangan di LPT, pelajar IKTBN Temerloh maut, dua rakan cedera

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang penuntut Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh maut manakala dua rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan di Kilometer 208.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur, Kuantan, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Muhammad Azril Syazwan Mohd Azmi, 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Muhammad Azril dari arah Temerloh menghala ke Kuantan melanggar belakang sebuah lori tunda yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Manakala rakannya, Syazwan Zaidi dan Hazeeq Khumaini Azhar gagal mengelak lalu melanggar motosikal mangsa," katanya menerusi kenyataan.

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan kini berada dalam zon kuning untuk rawatan lanjut.

Mayat Muhammad Azril Syazwan dibawa HTAA untuk proses bedah siasat. Pemandu lori, Amir Syafiq Roslan, 28 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuala…
Berita Domestik
Ini kerana tegas beliau, kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah meletakkan nyawa…
Berita Domestik
"Dua lebuh raya ini menjadi tumpuan kita...matlamat utama kami adalah untuk sampai ke lokasi…