Kemalangan di MEX - pemain badminton Jepun Kento Motota stabil, pemandu disahkan meninggal dunia

oleh Mohamad Hanif|
PEMAIN badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), hari ini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tiga lagi mangsa yang bersama Momota juga dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, tiga mangsa itu ialah Pegawai Teknikal, Persatuan Badminton Dunia (BWF) William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35, dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi,42.

“Kita menafikan Momota berada dalam keadaan kritikal seperti dilaporkan sesetengah pihak sebaliknya semua mangsa stabil," katanya kepada media selepas melawat mangsa di Hospital Putrajaya hari ini.

Difahamkan ketika kejadian 4.45 pagi itu, van dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah lori ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemandu van, B Nageswarau, 24, yang tersepit di tempat duduk disahkan meninggal dunia di lokasi.

Syed Saddiq berkata, pihaknya mengambil berat kes berkenaan kerana ia sangat tragik dan membabitkan pemain dunia.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kerajaan akan memberi perkhidmatan terbaik dan memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…