Kemalangan kenderaan perdagangan kerap berlaku tetapi tiada keperluan pendek tempoh pemeriksaan berkala Puspakom - Menteri Pengangkutan

oleh SALINA JALIL|
gambar kemalangan pada 7 julai 2022
Kerajaan tidak akan memendekkan tempoh pemeriksaan berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) berbanding enam bulan bagi kenderaan perdagangan termasuk kenderaan berat pada masa ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan tentang perkara itu tidak boleh hanya berdasarkan beberapa kejadian kemalangan sejak kebelakangan ini.


“Saya lihat tempoh itu memadai, sebaliknya apa yang perlu dibuat adalah memastikan undang-undang dipatuhi dan bukan sekadar membawa lori datang untuk pemeriksaan.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

“Kita perlu lihat apakah berat muatan yang dibawa lori berkenaan, mengambil contoh insiden kemalangan lori di Tambak Johor baru-baru ini, siasatan mendapati memang lori berkenaan melebihi muatan. Kalau begitu memang brek rosak, itu antara contoh.

 

“Pemeriksaan satu perkara, tetapi selepas pemeriksaan apakah mereka kerap membawa muatan melebihi had, apabila lalu lereng bukit sudah tentu cengkaman brek akan menjadi berlainan dengan terdapat momentum dan tarikan graviti yang akan menyebabkan impak pelanggaran yang lebih besar,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar Angkat Sumpah Ketua Masyarakat Cina Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

 

Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius isu tersebut dan mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) setrta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan lebih tegas.

 

Baru-baru ini, kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan khususnya lori kerap dilaporkan berlaku dengan antara punca kejadian dikenal pasti akibat masalah teknikal, khususnya melibatkan sistem brek dan muatan berlebihan.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Informasi
Projek pembangunan semula itu akan memfokuskan kepada penambahan kapasiti, selain mempertingkatkan…
Berita Domestik
"Stiker (cukai jalan fizikal) masih dikeluarkan, cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi…