Kemalangan libatkan bas persiaran di LPT 2, dua penumpang maut

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dua penumpang dilaporkan maut selepas bas persiaran yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, Bukit Besi-Ajil dekat Dungun, 5.30 pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata mangsa pertama seorang wanita yang merupakan pengurus kilang, Tan Poh Hwa, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tangan.

Sementara itu mangsa kedua seorang lelaki dikenali sebagai Choo Chia Tan, 44, meninggal dunia akibat cedera parah di dada ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun pada pukul 8.53 pagi.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, “Siasatan awal mendapati bas dinaiki 30 penumpang itu dalam perjalanan dari Tampin, Negeri Sembilan ke Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu untuk ke Pulau Redang.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.”

Seorang murid sekolah berusia lapan tahun juga turut mengalami kecederaan patah paha kanan akibat kemalangan tersebut.

“Seramai 13 mangsa dihantar ke Hospital Dungun manakala 10 lagi mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi menerima rawatan lanjut,” tambahnya.

Menurut beliau, sampel air kencing dan darah pemandu bas yang berusia 26 tahun itu telah diambil bagi tujuan pemeriksaan.

“Ketika kejadian cuaca baik, jalan kering dan waktu subuh gelap tanpa lampu di tempat kejadian,” katanya lagi.

Menurutnya, bas mengalami kerosakan terutama di bahagian hadapan kanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Utusan TV

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…