Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, dalam insiden pada jam 3.45 petang itu, mangsa yang berumur 32 dan 28 tahun maut di tempat kejadian.
Mohd Shokri berkata, "Kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari Padang Besar menghala ke Kangar yang mmbuat pusingan U tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa"

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang sah.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang melihat kejadian atau sebarang maklumat diminta tampil memberi keterangan atau terus hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Pillai di talian 019-4702 312 bagi membantu siasatan.
Sumber: Bernama