Kemalangan maut: Tergilis anak buah berusia dua tahun semasa mengundur lori

oleh SALINA JALIL|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, selepas digilis lori yang dipandu bapa saudaranya di Kampung Aur Cina, Kubang Gadong, di Pasir Mas, Kelantan.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, mangsa, Muhammad Aqil Darwisy Muhammad Imran meninggal dunia di Hospital Pasir Mas akibat cedera parah di kepala.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata ketika kejadian, bapa saudara mangsa sedang mengundurkan lori di sebelah rumahnya.

 

Katanya, semasa lori berkenaan bergerak, tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan tersangkut, sebelum mendapati anak saudaranya berada di bahagian tayar berkenaan.

 

"Bapa saudara mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan.

 

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh petugas hospital," katanya ketika dihubungi.

 

Beliau berkata, mangsa dan bapa saudaranya tinggal serumah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Salam takziah kepada ahli keluarga yang terlibat. Peringatan kepada pemandu-pemandu di luar sana tanpa mengira apa sahaja kenderaan yang dipandu/ditunggang, mohon berikan perhatian sepenuhnya kepada keadaan sekeliling terutama di kawasan parkir rumah sendiri, taman perumahan dan sekolah.  

 

Semoga kita sentiasa di bawah pelindunganNya sentiasa. Aamiiin.

 

BH