Kemalangan ragut nyawa remaja enam tahun dulu, guru didenda RM5,800

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang guru didenda RM5,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Muar, pada Rabu atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja dalam kemalangan jalan raya, enam tahun lalu.

Mohd Nor Fazli Rashid, 43, yang berhadapan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap pengguna jalan raya lain dengan kejadian berlaku pada jam 2.15 petang, 18 Mei lalu.

Kesalahan bagi seksyen itu adalah, tertuduh boleh didenda sehingga RM10,000 dan juga boleh penjara 12 bulan.

Hukuman bagi sabitan kali kedua, atau berikutnya, dia boleh didenda tidak melebihi RM15,000 atau penjara sehingga 23 bulan.

Pada masa sama, mahkamah juga perlu memerintahkan supaya butiran mengenai apa jua sabitan diendorskan pada lesen memandu yang dipegang tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, kemalangan berlaku di Jalan Parit Limbong, dekat ini membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dipandu tertuduh.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu tertuduh dalam perjalanan dari Pontian ke bandar ini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal dinaiki remaja berusia 18 tahun ketika itu.

Siasatan polis mendapati, tertuduh didakwa memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan kerana perlu menanggung anak masih bersekolah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,800 terhadap tertuduh.

 

FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohammad Naziruddin didakwa sebagai pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh cuba menyebabkan kematian ke atas seorang anggota polis…
Berita Domestik
Tertuduh, Muhammad Firdaus Shariman, 33, dan Siti Salasiah Jumaah, 25 membuat pengakuan bersalah…