Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, kemalangan dilaporkan berlaku jam 7.43 pagi.
Seorang lelaki yang menunggang motosikal disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat cedera parah.
Pemandu dan penumpang Honda Civic cedera dan tersepit di tempat duduk.
Pemandu lori treler 40 tan jenis Volvo berusia dalam lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
Artikel sepenuhnya di Sinar Harian