Kemaskini 1.36 Gran Turismo 7: Toyota GR Corolla MORIZO, ambulans Hiace buat kemunculan rasmi!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dijanjikan, Gran Turismo 7 memperkenalkan kemaskini 1.36 yang boleh dimuat turun pada 7 Ogos ini, dengan membawakan empat buah kereta baharu, menu dan lokasi penggambaran di dalam Scapes.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat buah kereta yang dimaksudkan itu termasuklah Toyota GR Corolla MORIZO Edition 2022, Toyota Ambulance HiMedic 2021, Maserati MC20 2020, serta Chevrolet Corvette (C1) 1958.
 

GR Corolla


Bertepatan dengan laporan yang pernah kami siarkan sebelum ini, pemain  berpeluang untuk mencuba sendiri Toyota GR Corolla MORIZO Edition di dalam pusingan ketujuh Toyota GAZOO Racing GT Cup 2023, dengan syarat mereka menyertai mana-mana pusingan, dan ID mereka tersenarai di dalam Points Ranking.

Setelah syarat itu dipenuhi, baharulah mereka boleh menerima hot hatch tersebut secara percuma bermula 28 Ogos ini.
 

GT7


Usah risau, kerana GR Corolla MORIZO juga boleh dibeli secara rasmi di Brand Central pada penghujung September nanti.

Baca: GR Corolla bakal buat kemunculan rasmi di Gran Turismo 7

Sama juga halnya dengan Toyota Ambulance Himedic, di mana ia hanya boleh dinyahkunci menerusi kempen World Series Showdown Viewers Gift, dan boleh dibeli secara rasmi di Brand Central menjelang penghujung September.

Baca: Gran Turismo 7 tawar ambulans Hiace percuma
 

menu


Selain empat kereta baharu, tiga menu baharu turut ditawarkan di dalam Cafe, iaitu Extra Menu No. 26 (Collection: Maserati) untuk Collector Level 40 dan ke atas, Extra Menu No. 27 (Collection: Aston Martin) untuk Collector Level 44 dan ke atas, serta Extra Menu No. 28 (Collection: Kei cars) untuk Collector Level 27 dan ke atas.
 

GT7


Akhir sekali, pemain Gran Turismo boleh memilih stesen bomba sebagai lokasi penggambaran terbaharu mereka di dalam menu Scapes.

Bersempena dengan tayangan filem Gran Turismo: The Movie yang bakal tiba tidak lama lagi, GT7 turut menyediakan liveri khas yang boleh dipilih oleh pemain apabila mereka membeli jentera Nissan GT-R Nismo GT3 2018 daripada menu Brand Central.
 


Toyota GR Corolla MORIZO Edition

 

Toyota Ambulance HiMedic 2021

 

Chevrolet Corvette C1 1958

 

Maserati MC20 2020

 

Liveri khas Gran Turismo: The Movie untuk Nissan GT-R Nismo GT3 2018

 

Tiga Menu Tambahan di Cafe

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Gran Turismo menyediakan kemaskini 1.43 yang sedia untuk dimuat turun, menampilkan tiga…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…