Kemaskini perisian Tesla Autopilot bakal hadir dengan ciri pemanduan autonomi penuh (FSD)

oleh Mohamad Hanif|
Ketika ini, ciri Autopilot yang ada pada kenderaan Tesla bukanlah diklasifikasikan sebagai ciri pemanduan autonomi penuh atau Full Self-Driving (FSD), akan tetapi masih di bawah Level 2 yang memerlukan pemantauan daripada manusia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, Tesla bakal meningkatkan lagi tahap pemanduan autonomi pada kenderaan mereka menerusi perisian yang disemak dan ditulis semula dan bakal hadir ke pasaran dalam tempoh dua  hingga empat bulan akan datang.

Hal ini dipetik menerusi ciapan CEO Tesla, Elon Musk di laman Twitter semasa menjawab persoalan yang diajukan berkenaan ciri yang bakal didatangkan pada kereta-kereta Tesla.

 


Beliau juga turut mengakui perubahan perisian ini juga bakal menyaksikan penambahan ciri-ciri baharu yang belum pernah diperlihatkan, dan menjamin fungsi baharu ini disahkan selamat untuk dioperasikan.

Ini bermakna, menjelang hujung tahun ini kita akan dapat melihat kereta-kereta Tesla dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi yang lebih tinggi di mana ia tidak lagi memerlukan input atau bantuan daripada manusia.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…