Kemaskini terhadap cip AMD Ryzen beri kesan kepada jarak gerak Model 3

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan peredaran zaman, sistem infotainmen masa kini sememangnya memerlukan 'otak' - atau cip pemprosesan yang cukup berkuasa bagi memastikan segala operasi berjalan dengan lancar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam sesetengah kenderaan elektrik seperti Tesla Model 3 dan Model Y, Tesla menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen bagi menggantikan peranan Intel Atom.

Namun, disebabkan cip AMD Ryzen ini memerlukan kuasa perkomputeran yang tinggi, ia dilihat memberikan kesan kepada jarak operasi pemanduan kenderaan elektrik tersebut.

Menurut laporan daripada InsideEVs, seorang pembeli Model 3 Long Range di Australia mendakwa kereta beliau kini mampu mencapai jarak sejauh 602 km, atau penurunan sebanyak 22 km berbanding jarak asal yang boleh dicapai.
 

AMD


Difahamkan, kemaskini yang dibuat terhadap sistem infotainmen ini memberikan kesan kepada kereta-kereta berikut:
Model 3 LR AWD
-rim 18 inci: 626 km (turun 11 km)
-rim 19 inci: 602 km (turun 12 km)

Model 3 Performance
-rim 20 inci: 547 km (turun 20 km)

Menariknya, kemaskini terbaharu ini turut menyaksikan beberapa Model Y menerima peningkatan jarak operasi seperti berikut:

Model Y LR AWD
-rim 19 inci: 565 km (naik 28 km)
-rim 20 inci: 533 km (naik 26 km)

Model Y Performance
-rim 21 inci: 514 km (naik 34 km)

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…