Kembar Toyota Noah, Voxy 2022 dilancarkan di Jepun - platform TNGA-C, rekaan lebih berpetak!

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Toyota baharu sahaja melancarkan generasi baharu MPV Noah dan Voxy yang bakal memberikan saingan terus kepada Nissan Serena dan Honda Step WGN.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina atas pelantar TNGA-C yang dipanjangkan, kedua-dua model MPV tersebut memiliki dimensi sepanjang 4,695 mm, lebar 1,730 mm, tinggi 1,895 mm-1925 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,850 mm.
 

Noah


Terima kasih kepada dimensi tersebut, Noah dan Voxy masih lagi menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk dengan ruang kepala dan kaki yang luas, serta susunan tempat duduk bermula tujuh sehingga lapan orang penumpang pada satu-satu masa.

Dari segi rekaan, senang untuk dibezakan antara Noah dan Voxy, di mana Toyota Noah didatangkan dengan unit lampu utama LED yang lebih konvensional dengan rekaan gril yang agak besar, diikuti rekaan lampu belakang LED berwarna merah.

Sementara Toyota Voxy pula menampilkan rekaan lampu utama terpisah, liang kemasukan udara yang lebih kompleks, rekaan lampu belakang jenis jernih, dan penambahan jalur hiasan krom di bahagian belakang.
 

Voxy


Ruang kabin pula menempatkan skrin infotainmen bersaiz lapan atau 10.5 inci, konsol tengah yang agak tinggi, kehadiran tempat meletak cawan untuk pemandu dan penumpang hadapan, serta kehadiran tray simpanan yang praktikal.

Tidak ketinggalan ciri keselamatan Toyota Safety Sense, serta ciri opsyen seperti skrin yang dipasang pada bumbung, serta sistem bunyi premium.
 

Noah


Pintu sisi didatangkan dengan jenis gelongsor berkuasa elektrik, sementara akses kepada ruang kargo belakang pula dimudahkan dengan pintu tailgate yang dilengkapi mekanisme 'karakuri' yang membolehkan pintu dibuka dan dihentikan pada apa jua sudut.

Terdapat juga varian 'Welcab' yang lebih mesra OKU ditawarkan, di mana ia boleh dipasang dengan landasan tambahan pada bahagian belakang, diikuti pemasangan tempat duduk 'Weljoin'.
 

Noah


Toyota Noah dan Voxy 2022 masing-masing hadir dengan enjin 2.0 liter Dynamic Force yang dipadankan dengan transmisi Direct Shift-CVT 10 nisbah kelajuan, dengan padanan pacuan roda roda hadapan atau pacuan empat roda.

Untuk versi hibrid, Toyota Noah dan Voxy mendapat gandingan nadi 1.8 liter NA yang dipadankan dengan motor elektrik, serta pacuan roda roda atau pacuan semua roda E-Four dengan motor elektrik tambahan.

Harga jualan Toyota Noah 2022 bermula dari ¥2,670,000 (RM98,248) sementara Toyota Voxy 2022 pula bermula dari ¥3,090,000 (RM113,702).