Kembara 1,600 km dalam 24 Jam uji kemampuan sebenar Modenas Dominar D400

oleh Mohamad Hanif|
MODENAS dengan kerjasama PETRON Malaysia bulan lalu telah pun menganjurkan Cabaran 1,600 KM Modenas Dominar D400 pada 18 November yang lalu melibatkan 10 orang peserta termasuk lima wartawan automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cabaran ini bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para penunggang, serta keupayaan Modenas Dominar D400 yang telah dinaiktaraf.
 

D400


Laluan konvoi bermula dari PETRON Subang Jaya (18 November 2021, 7.33 pagi) menuju ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah sejauh 399 km sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Jerteh melalui Banjaran Titiwangsa dan kawasan hutan simpan Hutan Hujan Royal Belum (315 km).

Konvoi berehat seketika di Jerteh beberapa jam sebelum matahari terbenam sebelum perjalanan diteruskan ke Kijal, Terengganu (234 km).

Perjalanan dari Gambang ke Mersing pula agak mencabar dengan ketiadaan lampu jalan, dan peserta berehat sebentar di Simpang Renggam, Johor setelah menempuh perjalanan sejauh 533 km.
 

D400


Setelah itu, pasukan itu meneruskan perjalanan ke arah Sungai Besi, Kuala Lumpur setelah berhenti rehat di Ayer Keroh, Melaka dan menamatkan perjalanan di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada 19 November jam 6.44 pagi.

Secara keseluruhan, peserta konvoi telah berjaya menempuh perjalanan sejauh 1,619 km dalam tempoh masa 23 jam 8 minit.
 

D400


Menurut CEO MODENAS, Roslan Roskan berkata, "ini adalah kali pertama MODENAS menganjurkan konvoi sejauh 1,600 km dalam tempoh 24 jam, dan saya percaya ini juga kali pertama bagi mana-mana pengeluar motorsikal menganjurkan acara seperti ini secara rasmi.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyahut cabaran ini dan berjaya menamatkannya dalam masa kurang dari 24 jam. Kami berharap dapat menganjurkan lagi acara seperti ini dengan model motosikal kami yang lain."
 

D400

 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…