Kembara GIVI Explorer bawa penunggang antarabangsa teroka keunikan Malaysia dalam masa 10 hari

oleh Mohamad Hanif|
Acara GIVI Explorer Adventure bakal berlangsung di bumi Malaysia pada 20-29hb Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan jarak keseluruhan sejauh 2,500 km, acara kembara selama 10 hari itu bakal merangkumi lokasi-lokasi menarik bermula dari ibu kota Kuala Lumpur.

Dari situ, para peserta akan dibawa melawat ibu pejabat dan unit pengeluaran GIVI Asia, dan singgah ke Menara Condong Teluk Intan dan Istana Kellie menuju ke Ipoh. 
 

Hutan Hujan Belum

Antara lokasi menarik yang bakal dikunjungi termasuklah Menara Condong Teluk Intan, Istana Kellie, Hutan Hujan Belum, Tasik Temenggor, Pantai Taaras Pulau Redang, Bandar Melaka, dan Genting Highlands. 

Acara kemuncak GIVI Explorer ini sudah tentu pada hari ketujuh di mana mereka akan menyertai Rimba Raid 2019 di Janda Baik, di mana salah seorang daripada peserta GIVI Explorer ini akan berentap merebut kedudukan terbaik. 
 


Sebelum ini GIVI Explorer pernah diadakan di beberapa tempat di seluruh dunia seperti di Chile, Thailand, Cambdia, Vietnam, Afrika Selatan dan juga Morocco. 

Seperti mana acara-acara yang pernah dianjurkan sebelum ini, GIVI Explorer sebenarnya merupakan medan ujian bagi produk-produk baharu yang dikeluarkan oleh GIVI bagi membuktikan ketahanan dan kelasakan di dalam kondisi cuaca yang pelbagai dan ekstrem di luar sana.