Kementerian Pengangkutan akan pantau dan ubah budaya penyelenggaran MRT

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memantau dan mengubah budaya penyelenggaran tren Transit Aliran Massa (MRT) di negara ini ke arah yang lebih baik.


Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia bagi memastikan masalah atau gangguan operasi yang sering berlaku dapat diatasi sekali gus mengurangkan rungutan pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Khamis lalu memang ada gangguan dalam MRT Kajang Line dan saya sudah minta pihak pengurusan untuk memberi penjelasan dengan apa yang berlaku.

 

"Ia disebabkan masalah teknikal seperti mana berlaku kepada MRT lain sebelum ini. Pihak pengurusan sedar, selenggaraan perlu dilakukan khususnya kepada pertukaran roda-roda tren-tren ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan syarikat logistik tempatan, GoBuilders Netsoft Sdn Bhd (Golog) di sini pada Jumaat.

 

Menurutnya, sedar yang masalah seumpama itu membuatkan orang ramai kecewa dengan perkhidmatan diberi, namun pihaknya akan memastikan ia ditambah baik.

 

Jelasnya, penyelenggaran tren mengambil masa antara enam hingga lapan bulan dan dijangka dapat diselesaikan pada suku ketiga tahun ini.

 

Pada Khamis, pengguna MRT laluan Kajang terkandas selepas tren dinaiki mereka mengalami tekanan angin yang rendah di Stesen Pasar Seni.

 

Prasarana dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, kerja baik pulih berjaya diselesaikan dan perjalanan bagi laluan Kajang kembali normal pada Khamis.

 

 

RTM 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Informasi
"PLUS menasihatkan pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai supaya merancang…
Informasi
"PBBPP turut menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari,…