Kementerian Pengangkutan Indonesia - Jika kesesakan lebih 1 km, tol lebuh raya PERCUMA!

oleh SALINA JALIL|
gambar tahun 2015 semasa sambutan Aidil Fitri
Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan pembayaran tol lebuh raya akan menjadi percuma sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer (km) semasa mudik lebaran tidak lama lagi.


Menurut laporan laman berita Suara, Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi mengesahkan hal itu bagi memastikan perkhidmatan tol dilaksanakan ke tahap maksimum semasa sambutan Aidilfitri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Jika kesesakan di gerbang tol melebihi satu kilometer maka ia tidak perlu dibayar, automatik jadi percuma.

 

“Ini bagi mengelak kesesakan berlanjutan bagi tempoh yang lama,” jelas Budi.

 

Bagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial dilihat seperti kurang percaya dengan jaminan itu dan dianggap sebagai strategi pemasaran semata-mata.

 

“Adakah jaminan ini boleh dipercayai dan bukah sekadar khabar angin?” komen seorang pengguna media sosial.

 

“Kita setuju sahaja sekarang dan lihat apa yang berlaku di hari kejadian,” tulis seorang lagi.

 

 

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…