Selain mengekalkan status jenama nombor satu, sedan segmen B Honda City turut berjaya menduduki tangga teratas dengan penguasaan 36 peratus daripada jumlah jualan, diikuti dengan Honda HR-V (19%) dan Honda CR-V (14%).
Untuk meneruskan momentum ini, Honda Malaysia ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk meraikan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan kempen terbaharu "2020 Starts Now".
Kempen "2020 Starts Now" ini menawarkan ganjaran sehingga tiga kali ganda bernilai sehingga RM10,000 Prosperity Rebate, Bonus Ekstra RM888 serta Hadiah Eksklusif.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftarkan kenderaan Honda (Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey) baharu dalam tempoh bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2020.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen "2020 Starts Now" atau bagi mereka yang ingin memandu uji mana-mana kenderaan Honda, anda boleh melayari www.honda.com.my atau talian bebas tol 1-800-88-2020.