Kempen "Anda Beli, Kami Derma" raih kutipan RM1.92 juta!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kempen musim perayaan 'Anda Beli, Kami Derma' yang kini memasuki tahun kelima, Shell Malaysia telah berjaya mengutip sehingga RM1.92 juta bermula dari 30 Mei sehingga 8 Jun yang lalu. 

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran disamping menyemarakkan semangat berkongsi dan membantu ketika musim balik kampung di kalangan rakyat Malaysia. 

Untuk setiap liter bahan api Shell yang dibelanjakan dan RM1.00 di Shell SELECT, Shell akan menderma 1 sen kepada badan-badan seperti Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Food Aid Foundation dan juga Malaysian Nature Society. 
 


Mastercard turut sama menyertai kempen ini untuk tahun kedua berturut-turut di mana mereka akan mendermakan 1 sen untuk setiap liter bahan api Shell dan RM1.00 dari Shell SELECT sekiranya pembeli membayar menggunakan kad debit dan kredit Mastercard. 

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, beliau berasa amat terharu dengan sokongan yang diterima daripada para pengguna jalan raya Malaysia. 

"Untuk semua pelanggan Shell, kami ucapkan terima kasih dan berharap inisiatif ini akan berterusan memberikan inspirasi kepada orang lain untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Advance Long Ride merupakan minyak enjin motosikal 4T sintetik sepenuhnya dengan PurePlus…
Berita Domestik
Dengan pengenalan bekas 18 liter baharu itu, Shell Rimula R4X 15W40 (RRP: RM343.00) kini…
Berita Domestik
Dalam majlis yang dianjurkan secara maya, wakil daripada 10 buah kelab kereta iaitu Proton…