Kempen Cashback RM1 juta Caltex catat peningkatan transaksi ShopeePay sebanyak lima kali ganda!

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited selaku pemegang rasmi jenama Caltex di Malaysia menyaksikan peningkatan transaksi penggunaan aplikasi ShopeePay lima kali ganda dalam tempoh sebulan sepanjang pelaksanaan kempen Cashback RM1 juta, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen yang dimulakan pada 1 Mac 2021 itu dijalankan bersempena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia yang bersedia untuk beralih kepada transaksi nirtunai di stesen minyak Caltex mempunyai peluang untuk menikmati pulangan tunai sebanyak RM8 apabila berbelanja sebanyak RM30 minimum dengan menggunakan ShopeePay.

Menurut Jay Gomez dari Chevron Malaysia Limited berkata, "Di Caltex, kami sentiasa mencar jalan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna jalan raya yang lebih menyeronokkan dan selesa ketika menggunakan stesen minyak kami.

"Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan ShopeePay, serta melancarkan kempen pulangan tunai yang mampu memenuhi keperluan perjalanan dan dalam masa yang sama menawarkan penjimatan.

Meskipun kempen telah pun berakhir, pengguna e-dompet ShopeePay di stesen minyak Caltex berpeluang untuk mendapat pulangan tunai RM3 dengan setiap pembelian minimum RM15.

Setiap pengguna hanya berhak untuk mendapat pulangan tunai RM3 sekali sehari daripada ShopeePay, bergantung kepada terma dan syarat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat sehingga empat Batmobile yang boleh dikumpulkan, di mana setiap satu dijual berasingan…
Informasi
  Promosi terkini dari Shell dan Shopee adalah pulangan tunai sebanyak RM4.00 yang telah bermula…
Berita Domestik
Perkhidmatan e-dompet ini boleh digunakan di kesemua 420 buah stesen minyak Caltex di seluruh…