Kempen #drivesafenoregrets DRB-HICOM dapat sambutan hangat

oleh Mohamad Hanif|
Kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela #drivesafenoregrets yang dianjurkan di Lembah Pantai hujung minggu lalu mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Lembah Pantai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 44 buah kenderaan hadir untuk menjalani pemeriksaan kenderaan sukarela (VVI) PUSPAKOM, malah sesi yang ada turut dipanjangkan selama satu jam demi memenuhi permintaan.

Kempen anjuran DRB-HICOM itu diadakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, berlangsung pada 16 April dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Inisiatif ini  merupakan  salah  satu  komitmen  dan  tanggungjawab  korporat  DRB-HICOM dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi memastikan ia selamat berada di atas jalan raya khususnya ketika musim perayaan.
 

vvu


Kempen VVI percuma ini melibatkan pemeriksaan 25 mata seperti brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, kadar ketelusan cahaya dan lain-lain lagi.

Beberapa kenderaan yang melalui ujian VVI telah gagal kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Ini termasuklah sistem brek bermasalah dan peraturan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Selain Pemeriksaan VVI Percuma, sempena bulan Ramadhan ini, DRB-HICOM turut menganjurkan program-program kemasyarakatan lain di sekitar Lembah Kelang seperti pengagihan makanan percuma kepada mereka yang kurang bernasib baik dengan kerjasama Warung Makan Sahabat yang terletak di Chow Kit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…