Kempen guna lampu signal - pelajar-pelajar USM bukti kempen tak perlu bajet besar

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang semalam telah memulakan kempen penggunaan lampu isyarat membelok di kampus mereka semalam.

Dengan menggunakan sepanduk yang dibuat sendiri, para pelajar tersebut berdiri di kawasan yang sibuk di sekitar kampus mereka dan memegang sepanduk masing-masing.

Walaupun dipercayai usaha ini ialah berkaitan dengan projek kesedaran kreatif mereka bersama dengan Sekretriat Keselamatan Jalanraya USM, Careta sangat berharap agar perkara yang sama dilakukan di semua IPT dengan kerjasama HEP (Hal Ehwal Pelajar).

 

 

Malah saman boleh dikeluarkan oleh pihak keselamatan universiti jika kesalahan lalulintas dilakukan.

Sebenarnya, jika pengurusan mana-mana IPT benar-benar serius mengenai keselamatan lalulintas, ia sudah pasti akan dilakukan.

Buat masa sekarang, ramai yang beranggapan kempen ini hanya untuk melepaskan batuk di tangga. 

Nasihat Careta, batuk itu jika dibiarkan boleh menjadi seteruk tuberculosis (TB).

Syabas USM!

* Gambar dari Facebook TV USM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Pihak universiti menyeru seluruh warga dan alumni USM bagi memberi semangat dan sokongan padu…