Kempen Keselamatan Nissan dan Kempen Bonus Merdeka

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan kini meneruskan Kempen Keselamatan 2017 siri kedua yang bakal diadakan serentak dengan Karnival Pandu Uji Seluruh Negara.

 

Satu sesi ceramah keselamatan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam akan diadakan hanya di Pusat 3S Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Petaling Jaya pada 12 Ogos bermula 11am hingga 1pm.

 

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya, anda dijemput hadir ke lokasi-lokasi pada 12 dan 13 Ogos di lokasi-lokasi berikut:

 

Tarikh

Masa

Wilayah

Lokasi

12 – 13

Ogos

10am – 8pm

 

Tengah

ETCM Petaling Jaya, Selangor

Utara

ETCM Ipoh

Selatan

ETCM Seremban

Sarawak

ETCM Miri

10am – 10pm

Sabah

GIANT Superstore, Sandakan

18 – 19 Ogos

10am – 10pm

Pantai Timur

AEON Kota Bharu, Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi ini adalah percuma dan berdasarkan kepada ‘siapa cepat, dia dapat’. 

Sebagai tambahan, pelbagai aktiviti keselamatan menanti para pengunjung di semua acara karnival, antaranya:

*      Penggantian Inflator Beg Udara Takata: penggantian secara percuma ke atas kenderaan NISSAN yang terlibat.

*      Pengalaman Memarkir Dalam Gelap: tingkatkan kemahiran memarkir kenderaan anda dengan 360° Intelligent Around View Monitor NISSAN yang pertama pada model  NISSAN X-Trail

*      Pengalaman Pandangan yang Terjejas: alami dan fahami bahaya yang mungkin berlaku akibat pandangan yang terjejas terutama ketika pemandu kurang tidur atau berada di bawah pengaruh alkohol

*      Penerangan Tempat Duduk Kanak-kanak: satu sesi yang menunjukkan kepentingan tempat duduk kanak-kanak serta cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan NISSAN. Bengkel ini hanya diadakan di ETCM Ipoh

*      Permainan Keselamatan Kanak-kanak: satu sesi untuk kanak-kanak mengetahui tentang papan tanda jalan agar mereka lebih selamat

Orang awam yang ingin menyertai aktiviti ini boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke: [email protected].

 

Kempen Merdeka Bonus

Sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memulakan Kempen “Merdeka Bonus” pada bulan Ogos 2017.

Kempen ini menyediakan tawaran hebat untuk setiap pembelian model-model terpilih Nissan dengan pilihan merangkumi Merdeka Bonus sehingga RM6,500* atau Merdeka Bonus Set bersama promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* serta rebat  sehingga RM4,500*.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan seperti tarikh and lokasi berikut:

Tarikh

Lokasi

9 – 10 Ogos

IIUM Gombak Campus, Kuala Lumpur

14 – 20 Ogos

AEON Kota Bharu, Kelantan

14 – 20 Ogos

AEON Klebang, Ipoh

16 – 20 Ogos

Alamanda Putrajaya

21 – 27 Ogos

Vivacity Megamall, Kuching

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

 

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…