KEMPEN PAM DAN MENANG PETRON KE KOREA SELATAN

oleh Hamimah Hamid|
PETRON Malaysia kini membawa kembali peraduan kempen pam dan menang 'Jom Jalan-Jalan' yang mendapat sambutan ramai sebelum ini.

Untuk kempen kali ini, Petron Malaysia bekerjasama dengan Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kempen kali ini, Petron Malaysia bekerjasama dengan Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.

 

'Jom Jalan-Jalan Seoul' telah dilancarkan pada 14 Disember lalu dan dirasmikan oleh Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek, Pengarah Urusan KTO, Moon Sangho serta Pengarah Eksekutif Media & Tajaan daripada One TV Asia, Edith Goh.

 

Bermula dari 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-miles) berpeluang untuk memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui kempen 'Jom Jalan-Jalan Seoul'.

 

Menurut Shaliza, lokasi percutian ke Korea Selatan dijadikan sebagai ganjaran utama kerana fenomena budaya hiburan pop negara tersebut di serata dunia.

 

"Korea menjadi salah satu destinasi pelancongan utama untuk rakyat Malaysia dan kerjasama kami dengan KTO dan ONE TV Asia adalah tepat pada masanya.

 

"Kami berhasrat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi pendedahan budaya, lawatan ke lokasi menarik, makanan terbaik ataupun lawatan eksklusif ke studio TV." katanya.

 

Kempen 'Jom Jalan-Jalan' pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 dengan kerjasama Tourism Malaysia, untuk menawarkan pelanggan setia Petron dengan pakej percutian menarik di Malaysia.

 

Pada tahun 2022, ia diteruskan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi pakej percutian yang menakjubkan ke Türkiye melalui Turkish Airlines.

 

Tahun ini, 'Jom Jalan-Jalan Seoul' menyasarkan sebanyak 62 pemenang bertuah dengan hadiah menarik yang bernilai lebih RM 250,000 dalam tempoh masa sepanjang tiga bulan.

 

Sementara itu Moon Sangho berkata, beliau berasa amat teruja untuk menjayakan kempen ini bersama Petron Malaysia bersempena menyambut Tahun Melawat Korea 2023-2024.

 

"Dengan budaya Korea yang semakin berkembang pesat, kami bercadang untuk mempromosikan idea kandungan pelancongan Korea untuk terus berjaya.

 

"Kami menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong asing tahun depan" katanya.

 

Kempen ini terbuka kepada pemegang kad P-Miles dan boleh disertai di lebih 770 stesen minyak Petron di seluruh negara. 

 

Dengan pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P-Miles akan mendapat satu penyertaan.

 

Manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles akan mendapat penyertaan lima kali ganda. 

 

Petron bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menyediakan dua penyertaan bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles sepanjang tempoh kempen.

 

Pelakon dan penyanyi tanah air, Alvin Chong yang membuat penampilan istimewa di majlis tersebut turut akan bersama ke Seoul bersama dengan semua pemenang.

 

Beberapa aktiviti di stesen minyak Petron terpilih akan berlangsung mulai dari Januari 2024.

 

Pelbagai promosi, kedai pop-Up, serta aktiviti-aktiviti kebudayaan Korea akan dijalankan di lokasi tersebut.

 

Untuk lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari www.petronmiles.com.my.

 

Penulis: Firdaus Razani