Kempen panggil-semula BMW Motorrad - pengguna Malaysia usah risau

oleh HEZERI SAMSURI|
Kempen panggil-semula (recall) terhadap beberapa model BMW Motorrad yang berlangsung di US kerana masalah brek nampaknya tidak membabitkan motosikal dari Malaysia.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan pihak-pihak terbabit, BMW Malaysia sentiasa menghubungi pihak JPJ untuk memberikan berita-berita terbaharu berkaitan kempen-kempen panggil semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sekiranya ada kempen panggil-semula yang berlaku di US atau di Eropah, BMW Malasia akan mendapatkan senarai nombor-nombor casis unit yang terbabit untuk diperiksa samada ia membabitkan unit yang terjual di Malaysia," ujar sumber Careta.

"Jika ada, BMW Malaysia akan memberikan laporan lengkap berkaitan kempen itu kepada pihak JPJ dan kesemua pengedar-pengedar," ujar sumber Careta.

"Laporan yang dikongsi bersama JPJ termasuklah nombor casis, status kempen panggil-semula dan sasaran masa kempen itu boleh dilaksanakan sepenuhnya," sambung beliau.

"BMW Malaysia sebenarnya adalah antara negara yang terbaik dalam kempen panggil-semula kerana sering memastikan pembaikan terhadap kesemua kenderaan terbabit dilakukan dalam masa yang paling cepat."

"Produk yang tidak dibawa secara rasmi pun BMW Malaysia panggil untuk kempen panggil-semula," tambah sumber Careta lagi bila ditanya tentang unit-unit "recond" BMW.

Adakah kemungkinan BMW Malaysia terlupa atau tidak membuat laporan kepada JPJ jika ada kempen panggil semula? 

Jawapannya sangat ringkas.

"BMW Motorrad Jerman sendiri akan membuat pengumuman secara global. Jika BMW Malaysia tak laporkan kepada pihak JPJ, hubungan baik antara syarikat itu dengan agensi kerajaan tersebut akan tergugat dan ini akan menyukarkan mereka nanti. Malah, bonus untuk BMW Malaysia juga boleh tergugat jika kempen teknikal ini tidak dilaksanakan secara telus dan cepat," kata sumber Careta.

 

 

Seorang lagi sumber Careta memberitahu bahawa semua pusat servis BWM Motorrad di Malaysia sudah diberikan arahan teknikal untuk isu brek tersebut.

"Kesemua juruteknik BMW Motorrad Malaysia sudah diberikan penerangan kerana model R1250 GS/RT dengan brek hadapan jenis Hayes ada dijual di Malaysia.

Kesemua motosikal dengan brek itu akan diperiksa dan untuk unit-unit yang belum terjual, pemeriksaan sebelum unit diserahkan kepada pemilik (Pre Delivery Inspection) akan membabitkan pemeriksaan komponen brek tersebut," terangnya.

Nampaknya pelanggan-pelanggan BMW Motorrad Malaysia suah boleh tersenyum kerana masalah ini diuruskan dengan baik di sini.

Careta berharap agar pihak kementerian menghasilkan akta yang lebih lengkap dan telus dalam menjaga isu-isu kempen semula.

Ini ialah kerana bukan semua syarikat pengeluar kenderaan yang setelus BMW Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…