Kempen panggil semula motosikal BMW - brek depan bocor

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Motorrad di US sedang melakukan kempen panggil semula untuk unit-unit tertentu kerana ada kemungkinan angkup brek hadapan mereka rosak.

Antara masalah yang telah dikenal-pasti ialah komponen kritikal untuk angkup brek itu mungkin boleh bocor ketika dalam keadaan parkir.

Arahan henti penjualan juga dilakukan untuk model-model baharu kerana masalah ini.

Menurut laporan dari media US, kempen panggil semula ini membabitkan beberapa model dan varian seperti R 1250 GS, R 1250 GS Adventure, R 1250 RT, S 1000 RR dan S 1000 XR. 

Unit-unit terbabit dikilangkan antara bulan Ogos 2018 sehingga Februari 2020.

Careta akan memberikan laporan terkini samada Malaysia terbabit ataupun tidak.

Untuk pemilik model-model tersebut, Careta sarankan untuk menelefon wakil penjual masing-masing untuk kepastian.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan peningkatan menyeluruh dari aspek rekaan, teknologi, serta kebolehgunaan atas dan luar jalan…
Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “Komitmen kami untuk ‘Make Life A Ride…
Berita Global
Teknologi itu didedahkan pada acara eksklusif di BMW Enduro Park Hechlingen, Munich, dengan…