Kempen Perkhidmatan Khas untuk beberapa model Toyota

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar jenama Toyota dan Lexus di Malaysia mengumumkan dua kempen Perkhidmatan Khas (Special Service Campaign - SSC) yang melibatkan penggantian peledak (inflator) beg udara untuk beberapa model Toyota dan penggantian spring valve enjin untuk model Toyota 86 yang telah dijual oleh pihak UMWT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

UMWT juga mengingatkan bahawa tahap keselamatan pelanggan mereka adalah keutamaan mereka.

 

Terdapat sekitar 2400 kenderaan Toyota yang dihasilkan dari tahun 2001 hingga 2003 yang terlibat.

 

1. Penggantian peledak beg udara 

Kenderaan yang terbabit dalam kempen ini yang melibatkan peledak beg udara Takata sebelum ini yang telah dipanggil balik adalah pada tahun 2013 dan 2014. Komponen atau peledak yang perlu diganti akan memastikan keselamatan anda terjamin dan beg udara tersebut akan berfungsi sebagai penyelamat dan tidak memudaratkan.

Kenderaan yang terbabit untuk penukaran peledak beg udara Takata adalah:

 

i. Toyota Vios - yang dikeluarkan pada bulan Mei hingga Julai 2003

 

ii. Toyota Corolla Altis - yang dikeluarkan pada bulan Julai 2001 hingga Jun 2003

 

iii. Toyota Camry - yang dikeluarkan pada Jun 2002 hingga Mac 2003

 

 

2. Penggantian Spring Valve Enjin pada Toyota 86

 

Oleh kerana beban prestasi berlebihan (bebanan) berbanding reka bentuk spring valve dan juga dari segi aspek pembuatan spring valve enjin itu sendiri, ia berpotensi untuk patah. Salah satu situasi yang dikenal pasti akan terjadi adalah enjin kenderaan ini mungkin akan terhenti semasa memandu dan berkemungkinan besar ia tidak dapat dihidupkan semula dan ini meningkatkan risiko keselamatan anda.

 

Dari tahun 2012 hingga 2013, terdapat sekitar 120 unit model Toyota 86 yang dikeluarkan dan terlibat untuk penukaran ini di Malaysia. 

 

Tiada model Toyota atau Lexus yang lain yang terlibat dalam kempen ini.
 

 

UMWT juga akan memaklumkan semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi dan perkhidmatan khas ini adalah tanpa caj kepada pemiliknya.

 

Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta terjejas boleh menghubungi mana-mana pusat perkhidmatan Toyota yang diberi kuasa atau memanggil Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

 

Pemilik Toyota juga boleh melayari laman web Kempen Khas Perkhidmatan Toyota (SSC) ini melalui pautan: toyota.com.my untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat melalui Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN).

 

Bagi mereka yang telah memuat naik aplikasi Toyota Drive, terdapat juga pautan ke halaman SSC Toyota dan VIN Checker. Maklumat penting yang terkini selain mengenai SSC juga tersedia di laman web.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…
Model Terbaharu
Bersempena dengan pelancaran strategi berbilang laluan baru-baru ini, UMWT turut mempamerkan sebuah…