Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu mengakibatkan serpihan logam terbang ke arah penumpang sekiranya beg udara terletus.
Menurut dokumen daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), keadaan cuaca yang panas dengan kadar kelembapan yang tinggi boleh mengakibatkan tablet propelan (yang digunakan untuk mengembungkan beg udara) mereput dan membentuk zarah debu.
Perubahan ini dikatakan mampu mengakibatkan daya yang terhasil ketika beg udara meletus menjadi lebih hebat, dan menyebabkan pemandu atau penumpang tercedera disebabkan oleh serpihan logam daripada bahagian inflator itu.
Difahamkan, seorang penumpang telah terbunuh akibat beg udara yang bermasalah ini.
Sebagai info, unit beg udara yang dilengkapkan pada model-model Volvo ini bukanlah berasal dari Takata, sebaliknya dibuat oleh ZF.
Sebelum ini, Volvo telah melakukan kempen panggil semula terhadap beberapa model terpilih yang diproduksikan awal tahun 2000-an disebabkan inflator beg udara yang bermasalah.
Pada November 2020, syarikat Sweden itu memanggil semula lebih daripada 54,000 unit S60 dan S80 yang dibina antara tahun 2001 dan 2003 disebabkan isu yang serupa.
Sumber: Consumer Reports