Kempen recall untuk Nissan Altima - tayar berisiko untuk pecah

oleh Mohamad Hanif|
Tayar merupakan salah satu daripada komponen pakai lusuh yang tidak dilindungi oleh jaminan pengeluar, jauh sekali untuk tertakluk dalam kempen panggil semula. Namun dalam kes yang berbeza di Amerika Syarikat, ia memaksa Nissan untuk memanggil kembali sedan Altima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebabnya? Tayar Continental ProContact TX bersaiz 215/60R16 yang dipasang pada keempat-empat sudut berisiko untuk kehilangan tekanan udara dan masalah ini berpunca daripada pengendalian bahan yang tidak sempurna ketika proses pembuatan.

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), "disebabkan masalah tersebut, pengguna berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang dikenali sebagai carcass break pada dinding sisi, menyebabkan kehilangan tekanan udara secara tiba-tiba.

Antara masalah lain yang bakal timbul adalah komponen 'belt edge' yang terpisah yang mampu menyebabkan kehilangan benang tayar secara separuh atau keseluruhan, dan mampu meningkatkan risiko kecederaan atau kematian.

Masalah ini dikesan buat pertama kali pada  25 September yang lalu, sebelum siasatan lanjut dibuat dan keputusan dibuat untuk mengusulkan kempen panggil semula pada 4 November lalu.

Kereta yang terjejas akan diperiksa oleh juruteknik bertauliah menerusi kod tarikh spesifik TIN dan nombor MOLD ID, dan tayar tersebut akan digantikan dengan yang baharu.

Menurut regulasi tempatan, tayar yang terpakai akan ditebuk sebanyak dua kali sebelum ia dilupuskan.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…
Berita Global
Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh 142,150 trak pikap jenama Ram di Amerika Syarikat,…
Berita Global
Dalam laporan terbaharu daripada Reuters, agensi National Highway Traffic Safety Administration (…