Kempen Road to 900,000th Unit Milestone jumpa pemenang pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas Honda Malaysia melancarkan kempen Road to 900,000th Unit Milestone baru-baru ini, mereka dengan bangganya mengumumkan pemenang bertuah pertama yang membawa Honda Civic 1.5L Turbo!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara penyerahan hadiah pertama itu dilakukan di pusat pengedar Honda di Kelantan, Ban Chu Bee Sdn Bhd kepada Mohamad Adib Fida'iy bin Mohamad Hanapi. 

Ketika ditemubual, Mohamad Adib tidak menyangka beliau akan membawa pulang Honda Civic atau berjaya menjadi pemenang pertama di dalam peraduan ini. 

"Ia bagaikan mimpi menjadi realiti, kerana sebelum ini saya mengimpikan untuk memiliki sebuah Honda Civic kerana reka bentuknya yang sporti.

 


Dalam masa yang sama, Honda Malaysia kini mengumumkan kolaborasi antara tiga jenama utama, Astro Radio, Tealive dan unifi bagi memeriahkan lagi kempen Road to 900,000th Milestone. 

Ini bermakna, tiga daripada lapan model Honda akan diberikan kepada pemenang bertuah dalam peraduan yang bakal dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan juga unifi. 

Ketiga-tiga jenama yang disebutkan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam mempromosikan kempen bersama yang dibuat oleh Honda Malaysia bagi memastikan lebih ramai mendapat peluang untuk menikmati Joy of Owning kenderaan Honda, menurut Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia.
 


Sehingga artikel ini ditulis, masih terdapat lapan unit Honda yang sedia untuk dibawa pulang sehingga September 2019 ini. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengimbas kod QR atau dengan melawati sendiri laman web mikro untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. 

Lebih banyak tiket yang dikumpul, lebih tinggi peluang untuk membawa pulang hadiah kereta baharu Honda!

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila layari honda.com.my/microsite/900k atau laman rasmi Facebook Honda Malaysia.