Kemunculan semula Batman Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Aksi Batman sedang menunggang motosikal di ibu negara di sini membuatkan ramai teruja kerana kesungguhan lelaki tersebut memakai kostum selain motosikal yang diubah suai untuk keselesaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gelagat lelaki itu menunggang motosikal pada waktu siang di lebuh raya Kuala Lumpur telah dikongsi oleh pelayar Twitter @mynocontext dari sumber aplikasi TikTok batmanmalaysia sehingga tular di laman sosial.

Apa yang menariknya, lelaki itu juga memakai topeng muka Batman hingga mencuri perhatian netizen yang menyifatkan dia seorang lelaki unik namun pada masa sama khuatir keselamatannya.

Warganet memberikan pelbagai reaksi serta komen seperti di bawah;

 

iamnot: "Seram tengok jubanya tersangkut."

"Takutnya, kain dia tu nak tersangkut kat tayar," ujar @nurhafizah pula.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

"Hati kau keras ROY"... Sape membesar dengan lagu ni..kita geng.. BATMAN MALAYSIA with BATPOD 100% MADE IN MALAYSIA 100% FULLY FUNCTIONAL MALAYSIA BOLEH‼ TAHUKAH ANDA BOLEH MENJEMPUT BATMAN MALAYSIA UNTUK MEMERIAHKAN MALIS ANDA❓ School Program / Annual Dinner Company / Product Launching / Bikers Event / Birthday Party / Wedding Party / Corporate Party / Gathering and ETC MOHON BACA SAMPAI HABIS‼ BATMAN MALAYSIA akan mengGEMPAKkan majlis / event anda dengan GIMIK GEMPAK GILER yang tak dapat anda bayangkan.. Antara aktiviti BATMAN MALAYSIA : ▶BATMAN GIMMICK ENTRANCE ▶APPEARANCE WITH BATMOBILE / BATPOD ▶BATMAN SINGING & PHOTOSESSION ▶BATMAN GAMES/KNOWLEDGE/JOKES ▶BATMAN MEET & GREET dan macam2 lagi.. ANDA BERMINAT... Sila klik link ini www.wasap.my/60123965341/BatmanMalaysia KALAU RAJIN PAKAT2 SHARE & VIRALKAN... #batmanmalaysia #malaysia #harikanakkanak #eventmanagement #annualdinner #productlaunching #cuticutimalaysia #batman #cosplayevent #cosplayer #event #batpod #coorporateevent #batman #batmandarkKnight #hollywood

A post shared by BATMAN MALAYSIA (@batmanmalaysiadarkknight) on


Dalam pada itu, mereka juga menyamakan aksi itu sebagai salah satu promosi filem Batman baharu yang sedang menjalani penggambaran di Glasgow Necropolis.

Gotham City bakal menerima Batman yang baharu. Seperti mana yang kita semua sudah tahu, Robert Pattinson merupakan Batman yang terbaharu kini.

Pengarah filem The Batman, Matt Reeves juga berkongsi pandang pertama Robert Pattinson dengan kostum Batman dalam keadaan agak gelap dan kemerahan.

"Ohhh inilah Batman yang baru tu pelakon Robert Pattinson," seloroh @amrazrul.

Setakat jam 11 pagi semalam, video tersebut telah ditonton seramai 73,100 tontonan daripada netizen dan 3,200 ulang kongsi dan 2,400 tanda suka.

 

bat

 

Batman Malaysia pertama kali muncul di khalayak ramai dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai, Negeri Sembilan bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup pada April 2017.

Kemunculannya menyebabkan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami kesesakan kerana orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing kerana teruja melihat Batman Malaysia bergaya menunggang Batpod Batman.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Batman yang viral kali ini adalah individu yang sama tiga tahun lalu.

Nota: Itu bukan Hezeri Samsuri!

 

 

Sumber: SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Tempahan rasmi sudah pun dibuka hari ini (24 Februari).   The Original Batmobile ini merupakan…
Berita Global
Menerusi laman web Toy Barn, sebuah replika Batmobile yang dibina berdasarkan filem Batman tahun…
Berita Global
Kenderaan replika itu didapati tidak memiliki sebarang kelulusan untuk digunakan di atas jalan raya…