Jelas dan nyata, bentuk Hoonitron ini banyak diinspirasikan daripada jentera Pikes Peak Hill Climb, Audi Sport Quattro S1 era 80-an, namun dengan pendekatan yang jauh lebih moden, dan tidak ketinggalan trenkuasa EV dengan sistem pacuan semua roda quattro.
Untuk menggerakkan semua roda, Hoonitron ini didatangkan dengan dua motor elektrik, dan pada ketika ini tiada sebarang angka spesifikasi didedahkan.
Selain daripada itu, Hoonitron ini turut mendapat casis yang diperbuat daripada gentian karbon penuh, dan direka untuk mencapai standard keselamatan FIA.
Menurut Ken Block, "saya sudah biasa dengan pelbagai jenis kenderaan, enjin pembakaran dalaman dan transmisi, namun Hoonitron memberikan saya banyak perkara untuk dipelajari.
"Membuat pusingan donut pada kelajuan 150 km/j dari pegun - dengan menggunakan kaki kanan sahaja - merupakan satu pengalaman baru buat saya.
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron ini bakal membuat kemunculan rasmi dalam video Gymkhana terbaharu Ken Block - Elektrikhana.