Kerajaan juga akan memastikan dasar-dasar percukaian ke atas industri kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan merencatkan perkembangan perniagaan.
Kenyataan ini dibuat merujuk kepada siaran media yang diterbitkan oleh Honda Malaysia bertarikh 21 Februari 2020 berhubung kenaikan harga jualan kenderaannya.
Dalam masa yang sama, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa keadaan ini hanya melibatkan syarikat Honda sahaja, dan ia tidak menjejaskan keseluruhan industri automotif tempatan.
“Adalah perlu syarikat mematuhi semakan audit dan menurut dasar serta insentif pengecualian duti/cukai yang sedia ada supaya tidak menimbulkan persoalan dan bertindak adil kepada semua syarikat yang menurut asas yang sama dan kriteria yang betul.
“Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC) selaku pihak yang menilai dan mengesyorkan kelulusan insentif syarikat masih menggunapakai kaedah penilaian yang sama tanpa sebarang perubahan,” katanya dalam satu kenyataan.