Kenanga Research - Kereta baharu masih barang mewah mampu milik bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kenanga Research berpendapat bahawa kereta bahru masih dianggap barang mewah yang mampu untuk dimiliki bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia walaupun kadar inflasi tinggi dan ekonomi global perlahan.

"Kami kini melihat peluang lebih besar dalam segmen mampu milik kerana ia akan kurang terjejas oleh subsidi bahan api bersasar, yang mungkin menjejas permintaan untuk kenderaan pasaran pertengahan kerana ia akan menghakis perbelanjaan kumpulan M40,"katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Firma itu mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor automotif dan unjuran jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) bagi 2023 sebanyak 720,000 unit, yang kan mencapai paras yang direkod pada 2022 dan memperkenalkan TIV 2024 sebanyak 712,000 unit.

Menurut firma itu, kelihatan pendapatan industri kukuh, disokong tempahan tertunggak sebanyak 235,000 unit.

Kenanga Research memetik MBM Resources Bhd sebagai pilihan utamanya bagi sektor ini dengan saranan 'outperform' dan hargan sasaran (TP) RM4.70 sesaham memandangkan kumpulan itu memberi tumpuan kepada segmen mampu milik dan menawarkan hasil dividen yang menarik kira-kira 12 peratus.

Dalam ruang jenama bukan nasional, firma itu berpendapat pembuat kereta beralih daripada segmen margin rendah yang sangat kompetitif seperti SUV tujuh tempat duduk dna memberi tumpuan kepada produk premium yang akan menarik kumpulan berpendapatan sederhana seperti yang ditawarkan oleh Bermaz Auto Bhd.

Honda misalnya, menggantikan varian tujuh tempat duduk Honda BR-V dengan WR-V (SUV kecil dengan lima tempat duduk), memperoleh 7,300 unit tempahan dan 3,300 unit dihantar hanya dalam masa beberapa bulan selepas dilancarkan.

Kenanga Research turut berkata bahawa pembeli kereta diberikan pelbagai pilihan menarik dengan pelancaran baharu termasuk Perodua D66B (1QCY24, segmen B), Toyota Innova Zenix (3QCY23), Mazda CX-30 CKD, Peugeot Landtrek, Peugeot e-2008 (EV), Kia Sorento, Kia Sportage, Kia Carens, Honda WR-V, Honda CR-V, Toyota Vios, Toyota Yaris, Toyota GR86, Toyota GR Corrolla dan Nissan Serena.

Di samping itu, Kenanga Research berkata jualan kenderaan akan disokong oleh kenderaan elektrik bateri (BEV) baharu yang menikmati pengecualian cukai jalan dan perkhidmatan (SST) serta insentif kemudahan kenderaan elektrik lain sehingga 2025 unit unit import sepenuhnya (CBU) dan 2027 untuk pemasangan tempatan (CKD).

"Sementara itu, janji kerajaan untuk membolehkan pengendali pusan pengecasan mendapat kelulusan lebih pantas bagi pemasangan memberikan keselesaan, kerana pada masa ini hanya 1,246 stesen pengecas EV telah dibina setakat ini", kata mereka lagi.

Selain tunggakan tempahan yang kukuh sebanyak 235,000 unit, firma itu berkata pendapatan syarikat pengeluar juga akan disokong dengan peningkatan margin, disebabkan model baharu seperti Perodua Axia serba baharu, yang berharga antara 11 hingga 14 peratus lebih tinggi, dari RM38,600 hingga RM49,000 tetapi masih mendapat sambutan yang luar biasa, dengan purata tempoh menunggu sehingga enam bulan.

"Peningkatan margin juga akan disokong oleh:
i.  Penurunan harga komoditi dan komponen utama
ii. Penstabilan kadar pertukaran dolar AS/Ringgit
iii.Penurunan beransur-ansur dalam inventori kos tinggi kerana pembuat kereta meningkatkan pengeluaran untuk menghantar tempahan tertunggak," katanya.

 

Theedgemalaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, peralihan ini didorong oleh beban kewangan yang tidak mampan dalam persediaan sedia ada,…